FROG TEACHER AWARDS Winner,GOOGLE CERTIFIED EDUCATOR Level 1, Changemaker, Educator, Educational Blogger.
Sunday, 26 July 2015
Kisah Suka Duka Pentadbir Frog VLE
Salam Frog VLE !
Apa khabar anda ? Ya ! Anda yang sedang membaca post saya ni. Saya doakan agar anda sentiasa sihat dan baik-baik sahaja.
Saya mendapat banyak respon mengenai Frog VLE. Ada yang suruh saya buat buku. Tapi, buku macam old-school. Ada yang minta buat blog. Apabila difikirkan semula. Ada benarnya. Maka, saya akan menulis dan berkongsi pengalaman serta kisah suka duka sebagai Frog VLE.
Tujuan bukan untuk mengaibkan sesiapa. Tetapi, agar apa yang saya hadapi tidak akan diulangi di mana-mana sekolah pun di seluruh Malaysia. Namun, jika ada yang boleh ditiru. Silakan !
Sebagai permulaan, saya sebenarnya baru dilantik sebagai Frog Admin tahun ini. Memang saya masih tak pandai bab-bab Frog VLE ni.
Alhamdulillah, suku pertama tahun ini amat menggembirakan saya. Mana tidaknya, login naik secara mencanak, tunjuk langit, konsisten dan amat cantik.
NEXT POST :
MOMENTUM DOSA : GRAF LOGIN TURUN MENJUNAM GARA-GARA GURU BENCI FROG VLE MENGARAHKAN MURID AGAR JANGAN MEMBUKA FROG VLE SEHINGGA MURID TRAUMA & FOBIA
Namun di hujung Mac, terdapat beberapa orang guru yang akan saya sebutkan nama mereka pada post akan datang bukan sekadar MALAS, DEGIL dan BENCIKAN Frog VLE. Malah telah memberi amaran kepada murid sehingga TRAUMA, FOBIA dan TAKUT untuk membuka Frog VLE.
BOOKING CALENDAR. Adakah penggunaan Booking Calendar bertentangan dengan peraturan sekolah sedia ada ?! Kelakar kan ?! Tapi, itulah yang telah berlaku.
MURID TAK BOLEH MASUK MAKMAL. Dah lah tak guna Frog VLE dalam PdP, murid nak manfaatkan laman-laman inovasi yang saya bina tak dibenarkan !
GAMBAR LUCAH. Saya tak kisah kalau suami dan anak lelaki cikgu menggunakan internet untuk menikmati porno dan bahan lucah. Tapi, ada guru yang akan saya sebutkan namanya pada post akan datang menyebarkan cerita kepada murid bahawa Pengarah nak datang ke sekolah sebab murid tengok bahan lucah. Saya amat tidak faham dengan guru spesis ini.
Walaupun benci sangat dengan Frog VLE ini, janganlah masalah cikgu terbawa-bawa ke sekolah dan hanya ingat internet adalah porno dan lucah sahaja. Zoom yang dibekalkan amat secure dan terlalu banyak sekatan dan block. Saya telah menghantar laporan beserta bukti forensik kepada 1BestariNet dan dalam respon mereka, itu adalah iklan dan bukan video lucah seperti yang dicanangkan.
Cikgu,
Adakah FrogAsia menyediakan bahan2 lucah dan porno di Frog Store ?
Sudah berapa banyak laman yang cikgu bina dan assign kepada murid ?
Jika anda sebagai guru memberi kerja kepada murid, pasti masa mereka mengisi masa mereka dengan menyiapkan kerja rumah dan tugasan.
IKHLAS KERANA ALLAH
"Kalau kita ikhlas kerana Allah, Allah akan bantu dan permudahkan !"
Itulah ayat seorang ustazah yang akan saya sebutkan namanya pada post akan datang.
Ikhlas ?! Ikhlas macam mana ? Ikhlas dengan menjunamnya login. Ikhlas tu yang akan login kan untuk guru-guru ke ?
Pada bulan FEB & MAC, melayakkan sekolah dalam senarai TOP 20 Peringkat Negeri Selangor tu bukan IKHLAS la ya ?!
Itu semua sebab saya nak nama lah, ya ?!
Saya riyak ?!
Saya nak menunjuk-nunjuk kat PPD, JPN, KPM ?!
Saya nak jadi famous ?!
Saya nak jadi terkenal ?!
Maaf ya ! Bukan nak cakap besar.
Saya memang famous dan terkenal tanpa jadi Frog Admin pun !
Login menjunam dalam peringkat Zon Semenyih tu baru IKHLAS namanya ?!
Saya akan ceritakan lebih lanjut pada post akan datang !
1 Frog Admin VS ratusan guru + ribuan murid
Itulah antara faktor-faktor kejatuhan login. Saya seorang tidak terlawan. Walaupun tanpa jawatankuasa dalam buku pengurusan. Sekurang-kurangnya merasa juga sekolah ini jadi TOP 20 Negeri Selangor dua bulan berturut-turut.
Cukuplah setakat ini. Ada banyak lagi yang akan saya kongsikan.
Semuanya akan saya kongsikan bersama-sama.
Nantikan post yang akan datang !
Subscribe to:
Posts (Atom)
