Sunday, 30 November 2014

Leaps of Knowledge Conference 2014 (PART 5)


You are right, Alistair Smith !

Anak murid aku akan bersorak seperti menyambut seorang penyanyi yang naik ke pentas untuk memulakan konsert ! Mereka berasa sangat seronok !

Itulah yang berlaku ketika aku melangkah masuk untuk PdP.

Sebagai pendidik di peringkat rendah. Perkara yang paling penting adalah yang paling asas. Menulis, membaca, mengira dan ASAS FARDHU AIN.

Allah menjadikan setiap manusia itu berbeza. Ada yang fast-learner, ada yang slow-learner dan ada yang genius !

Hasil pembelajaran adakalanya kelihatan tidak tercapai. Namun, jauh lebih penting adalah memberi INSPIRASI kepada murid agar terus INGIN BELAJAR.

Seperti yang saya katakan tadi, tahap kematangan setiap kanak-kanak amat berbeza. Sedangkan guru perlu mengikuti sukatan dan kurikulum yang tersedia.

Itulah antara tugas guru. Kita perlu sesuaikan dengan kebolehan murid yang kita ajar. Bagi murid sekolah rendah, Game Based Learning amat sesuai kerana dapat merangsang emosi dan kognitif mereka berbanding belajar secara tradisional yang amat membosankan.

Yang paling utama, mereka sentiasa bersemangat untuk belajar !





Saturday, 29 November 2014

Friday, 28 November 2014

Thursday, 27 November 2014

Leaps of Knowledge Conference 2014 (PART 2)



Famous gila anak murid aku kat #Leaps14 ! Dokumentari pendek diorang diulang tayang berkali-kali kat skrin besar di The Majestic Hotel, semalam ! PERGH...!!!!

Untuk melihat gambar dengan lebih jelas, sila klik pautan di bawah. 

KLIK DI SINI !

Leaps of Knowledge Conference 2014 (PART 1)



Alhamdulillah ! 

Selesai sudah Leaps of Knowledge Conference 2014 untuk tahun ini. 

Untuk melihat gambar-gambar yang diambil, sila klik pautan di bawah.


Wednesday, 26 November 2014

DOWNLOAD PERCUMA !!! Download semua gambar Hari Anugerah Kecemerlangan & Graduasi Tahun 6 & Jamuan Perpisahan Tahun 6 2014 !



Buat semua warga SKBR khususnya murid tahun 6, 
anda boleh dapatkan semua gambar dengan PERCUMA !

KLIK DI SINI !  

1001 SEBAB MENGAPA SAYA TIDAK PERLU KE #Leaps14 ESOK ! ( PART 1)




Walaupun esok merupakan persidangan kali ke-20 sekalipun, saya ada sebab mengapa saya tak perlu menghadirkan diri ke #Leaps14


999 .  Saya tak dapat mengubah apa-apa di sekolah saya.

1000. Saya bukan pentadbir sekolah

1001. Saya bukan Pentadbir Frog a.k.a Frog Admin

Ringkasnya, tidak banyak yang boleh saya lakukan. Namun...

Ikuti sambungan di 1001 SEBAB MENGAPA SAYA TIDAK PERLU KE #Leaps14 ESOK ! ( PART 2)

1001 SEBAB MENGAPA SAYA TIDAK PERLU KE #Leaps14 ESOK ! ( PART 2)



Memanglah ! Saya bukan ada magis.

Sekurang-kurangnya, saya telah mencuba menggunakan teknologi dalam PdP saya sepanjang tahun ini setelah mendapat INSPIRASI ketika #Leaps13 .

Sekurang-kurangnya, saya menggunakan teknologi yang guru lain tak gunakan. Itu bakan saya yang kata, Tetapi, itulah respon ikhlas daripada murid.

Jika tidak, masa kan ada ramai murid dari kelas lain (yang saya tidak mengajar kelas mereka) ingin turut serta menggunakan teknologi yang saya gunakan untuk kelas-kelas yang saya mengajar.

Ringkasnya, saya telah pun memberi INSPIRASI kepada murid-murid kesayangan saya di sekolah.

Walaupun ada segelintir murid Tahun 6 yang menolak penggunaan teknologi, biarlah mereka bak Luncai dan labu. Lega juga apabila mereka telah secara rasmi keluar daripada sekolah ini. Anak datuk, anak guru, anak sesiapa pun mereka ! Biarlah mereka ! Saya berasa amat bersyukur kerana mereka telah keluar dari sekolah !

UPSR 2014 : Tahniah sebab tak dapat 5A !

(Tajuk yang pelik ?! Itu tajuk KBAT)

TAHNIAH & SYABAS kerana tak dapat 5A !
TAKZIAH kerana dapat 5A !

Dapat 5A pun kerana ISTIDRAJ daripada Allah.
Mereka sangat biadap dan kurang.
Mereka menolak teknologi.

Malangnya, kohort ini memang malang !
Anak datuk, anak guru
Datuk dan guru juga menolak teknologi !


PANAS !!! Ke Mana Hilangnya 350 Tiket ?!





DI MANA JOE JAMBUL ?

Eh, silap ! TIKET !

Ha'ah ! Ke Mana Hilangnya 350 Tiket ?!

Tiket apa ?

Tunggu next post, ok !

Monday, 24 November 2014

Sedihnya Hati Sebab Tak Dapat Datang ke Leaps of Knowledge Conference 2014



Lihatlah jadual ini ! Isnin hingga Jumaat ada LaDaP. 27 NOVEMBER 2015 sepatutnya aku nak ke Leaps of Knowledge Conference 2014.

Insya Allah ! Jika ada rezeki, aku akan sampai juga di The Majestic Hotel, Kuala Lumpur. Aku dah dapat `lampu hijau' pun daripada pentadbir sekololah. Tapi, aku akan missed Jamuan di PICC dan LaDaP.

Kalaulah aku ada hikmat NAKULA & SADEWA kan best ! Aku boleh berada di dua tempat pada masa yang sama.

Aku yakin, aku akan mendapat lebih banyak manfaat; ilmu, inspirasi dan macam-macam lagi dengan menghadiri Leaps of Knowledge Conference 2014 daripada jamuan di PICC yang boleh aku pergi pada masa lain.

Terima kasih buat pentadbir SKBR yang memberi lampu hijau kepada aku !


Sunday, 23 November 2014

Hari Anugerah Kecemerlangan & Graduasi Tahun 6 & Jamuan Perpisahan Tahun 6 2014



Buat semua warga SKBR khususnya murid tahun 6, 
anda boleh dapatkan semua gambar dengan PERCUMA !

Saturday, 22 November 2014

Auto-Awesome Paling Sporting 2014

Untuk melihat Auto-Awesome, klik pautan dibawah !

https://plus.google.com/100142711234692703115/posts/5njcXtzEiks

Auto-Awesome Paling Sporting 2014

Untuk melihat Auto-Awesome, klik pautan dibawah !

https://plus.google.com/100142711234692703115/posts/TcwnvLihUmL

Auto-Awesome Paling Cheeky 2014

Untuk melihat Auto-Awesome, klik pautan dibawah !

https://plus.google.com/100142711234692703115/posts/9abzjxoorsC

Auto-Awesome Paling Happening 2014

Untuk melihat Auto-Awesome, klik pautan dibawah !

https://plus.google.com/100142711234692703115/posts/7LUQHvz6RpK

Auto-Awesome Paling Sempoi 2014

Untuk melihat Auto-Awesome, klik pautan dibawah !

https://plus.google.com/100142711234692703115/posts/gWpC3xxRXGa

Auto-Awesome Paling Serius 2014

Untuk melihat Auto-Awesome, klik pautan dibawah !

https://plus.google.com/100142711234692703115/posts/J3qdWbDGNJN

Auto-Awesome Paling Ayu 2014

Untuk melihat Auto-Awesome, klik pautan dibawah !

https://plus.google.com/100142711234692703115/posts/9DTtpJuEvAn



TOKOH VLE 2014

GAMBAR HIASAN

TAHNIAH & SYABAS Tokoh VLE 2014 !

Ini sepatutnya telah pun menjadikan satu elemen dalam takwim sekolah anda. Hakikatnya, banyak strategi yang boleh dilakukan untuk memperkasa penggunaan teknologi dalam PdP. Sebenarnya, kita sangat beruntung dibekalkan platform VLE FrogAsia dan marilah kita manfaatkan sepenuhnya. Bukan hanya menjadi Ratu@Raja WhatsApp & Telegram.

Thursday, 20 November 2014

Leaps of Knowledge Conference 2014: Here's your booking confirmation code !


Alhamdulillah !

Dah dapat confirmation !

Sesiapa yang akan hadir ke Leaps of Knowledge Conference 2014 minggu hadapan, bertegur sapalah dengan saya. nak ambil gambar di Photobooth pun boleh ! Tak jadi masalah !

Harap dapat inspirasi yang lebih lagi untuk tahun 2015 yang mendatang. Untuk pengetahuan semua, saya memilih Workshop 6. Anda pilih workshop berapa, ya ?!

OK lah semua. Kita jumpa di The Majestic Hotel, Kuala Lumpur Khamis depan !

Saturday, 8 November 2014

Respon terhadap LEAPS OF KNOWLEDGE CONFERENCE 2014 di WhatsApp & Telegram


 TAHUKAH ANDA ? 

Apabila saya post mengenai VLE, FrogAsia, Word Mania, Leaps of Knowledge atau apa-apa sahaja yang sewaktu dengannya di WhatsApp & Telegram, memang tiada respon... 

SUNYI SEPI !

 Terus SENYAP SUNYI seperti dilanggar GARUDA ! 

Ntah la !

Memang ramai yang tak berminat dengan teknologi ni. 

TAK MENGAPALAH... 

Thursday, 6 November 2014

Leaps of Knowledge Conference 2014

www.leapsofknowledge.com



Ya ! Itulah alamat laman web yang perlu di lungsuri untuk mendaftar !

Insya Allah, saya akan turut serta menghadiri persidangan ini. Gambar di atas adalah gambar semasa persidangan tahun 2013.

Serius ! Saya dapat terlalu banyak inspirasi, semangat dan pengalaman semasa menghadiri persidangan ini.

Esok merupakan hari terakhir untuk mendaftar dengan promosi BUY ONE, GET ONE FREE yang telah pun dilanjutkan oleh FrogAsia yang sepatutnya berakhir 31 Oktober 2014 yang lepas.

Sebelum ini, saya hanya menyeru dan menjempur warga guru SK Bandar Rinching, Semenyih sahaja. Respon daripada kalangan guru tidak perlulah saya kongsikan di sini kerana saya akan buat post lain untuk itu !

Oleh yang demikian, di kesempatan ini. Saya menjemput semua ibubapa/penjaga untuk turut serta dalam persidangan ini. Saya berharap agar sekurang-kurangnya ada wakil ibubapa atau PIBG dari SK Bandar Rinching, Semenyih akan menghadiri persidangan ini.



Jangan lupa, DAFTAR ya !!!