Sunday, 17 May 2015

Sambutan Hari Guru : Google Educators Group Klang Valley 1st Anniversary



Alhamdulillah ! GEGKV 1st Anniversary telah berjaya dengan  lancar. Tidak seperti sambutan hari guru lain yang sangat old school dan stereotype. Tiada makanan yang mewah, bukan di hotel atau convention center dan diadakan dengan penuh humble !

Acara dimulakan dengan Welcoming Speech daripada Philip & Rahayu. Kemudian warga pendidik beredar ke ruangan yang ditentukan untuk berkongsi INSPIRASI.

Saya masuk dalam Yellow group. Perkongsian pertama oleh Pn. Normie Azura; Guru Hebat daripada SMK Raja Abdullah, Kuala Lumpur dan juga merupakan GEG Leader bagi GEG Gombak.

Slot ke-2 pula oleh En Yassir. GEG Leader untuk GEG Pudu dan diakhiri oleh En Khairul Anwar dari PPW Sentul yang merupakan leader untuk GEG Keramat.

Seronok apabila mendapat INSPIRASI daripada orang HEBAT ! Kehebatan mereka memang tidak disangkal. Namun, jauh lebih penting. Mereka sangat humble dan friendly.

Setelah habis kesemua sesi. Peserta berkumpul semula untuk perkongsian daripada SMK Bandar Baru Salak Tinggi, SK Jalan Selangor, SMK Selandar & SK Leftenan Adnan.

2 perkara yang menarik perhatian saya apabila SK Jalan Selangor berkongsi dengan jujur dan ikhlas mengenai sekolah mereka. SMK Selandar juga sangat baik hati berkongsi mengenai TRANSFORMASI dalam eRPH & eBRM.



Kemudian, giliran wakil daripada FrogAsia. Mdm Elizabeth Lopez memberikan ucapan dan menyampaikan hadiah kepada pemenang 1BESTARINET TEACHER AWARDS.

Memang saya amat tidak menyangka,  saya juga telah dipanggil untuk menerima buah tangan daripada mereka. Apa yang lebih membuat saya terharu. Elizabeth boleh menyebut kembali segala apa yang telah saya kongsikan. Bermula dengan Word Mania Challenge 2014, menjadi Duta FrogAsia kepada 419820 guru lain di Malaysia (dengan lantikan sendiri ! Heheheh), Frog Transformation Programme di sekolah, menghadiri pelbagai acara FrogAsia sehinggalah perkara terkini; Grup Inovasi VLE @ Telegram & Guru Retro 1Malaysia. Segalanya dapat diungkap dengan baik dan perkongsian & inspirasi yang saya kongsikan memang digambarkan dengan satu perkataan yang saya akan ingat; UNSTOPABLE ! Ya, saya tidak akan berhenti untuk terus member inspirasi kepada semua.

Baru saya ingat yang saya juga menerima anugerah 1BESTARINET TEACHER AWARDS tahun ini bersama GEG Klang Valley Leader; Jessica Alcock !

Kemudian, acara penutup oleh Philip Tanpoco yang amat perfect ! Perkongsian mengenai acara dengan hashtag #HariGuru 




Terima kasih Google, FrogAsia & semua warga pendidik yang hadir di Ibu Google Malaysia HQ semalam. 

Semoga kita akan terus bersama menyumbang dalam TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA !

Tuesday, 12 May 2015

2 Akhlak Terpuji Yang Telah Dipesongkan & Disongsangkan







SABAR 


Sabar dengan tidak menggunakan Frog VLE ?
Sampailah masanya tu nanti, bersabarlah !

Alhamdulillah ! Setakat ini, dengan SABAR itu, kita telah berjaya menganugerahkan status GAGAL kepada Projek 1BestariNet Fasa 1. 

IKHLAS


Kalau kita IKHLAS kerja kerana Allah. In Sha Allah... Allah Akan permudahkan.

Hahaha... Kelakar aku dengar statment cikgu ni. Ingat kita hidup zaman Nabi Musa ?! Atau Nabi Isa. Nak Frog Admin tunjukkan `MUKJIZAT' dulu ke, baru nak guna Frog VLE. Kalau macam tu, sama je lah kita dengan kaum Bani Israil...

Ingatlah ! Adakah dengan IKHLAS cikgu tu, bolehlah Allah turunkan AUTO-LOGIN, AUTO-CREATE SITE dan segalanya Allah akan tolong, kan !!!

Akhir zaman... MALAS dipakaikan topeng IKHLAS !