Alhamdulillah ! GEGKV 1st Anniversary telah berjaya
dengan lancar. Tidak seperti sambutan
hari guru lain yang sangat old school dan stereotype. Tiada makanan yang mewah,
bukan di hotel atau convention center dan diadakan dengan penuh humble !
Acara dimulakan dengan Welcoming Speech daripada Philip
& Rahayu. Kemudian warga pendidik beredar ke ruangan yang ditentukan untuk
berkongsi INSPIRASI.
Saya masuk dalam Yellow group. Perkongsian pertama oleh Pn.
Normie Azura; Guru Hebat daripada SMK Raja Abdullah, Kuala Lumpur dan juga
merupakan GEG Leader bagi GEG Gombak.
Slot ke-2 pula oleh En Yassir. GEG Leader untuk GEG Pudu dan
diakhiri oleh En Khairul Anwar dari PPW Sentul yang merupakan leader untuk GEG Keramat.
Seronok apabila mendapat INSPIRASI daripada orang HEBAT !
Kehebatan mereka memang tidak disangkal. Namun, jauh lebih penting. Mereka sangat
humble dan friendly.
Setelah habis kesemua sesi. Peserta berkumpul semula untuk
perkongsian daripada SMK Bandar Baru Salak Tinggi, SK Jalan Selangor, SMK Selandar & SK
Leftenan Adnan.
2 perkara yang menarik perhatian saya apabila SK Jalan
Selangor berkongsi dengan jujur dan ikhlas mengenai sekolah mereka. SMK
Selandar juga sangat baik hati berkongsi mengenai TRANSFORMASI dalam eRPH &
eBRM.
Kemudian, giliran wakil daripada FrogAsia. Mdm Elizabeth Lopez
memberikan ucapan dan menyampaikan hadiah kepada pemenang 1BESTARINET TEACHER
AWARDS.
Memang saya amat tidak menyangka, saya juga telah dipanggil untuk menerima buah
tangan daripada mereka. Apa yang lebih membuat saya terharu. Elizabeth boleh
menyebut kembali segala apa yang telah saya kongsikan. Bermula dengan Word
Mania Challenge 2014, menjadi Duta FrogAsia kepada 419820 guru lain di Malaysia
(dengan lantikan sendiri ! Heheheh), Frog Transformation Programme di sekolah, menghadiri
pelbagai acara FrogAsia sehinggalah perkara terkini; Grup Inovasi VLE @
Telegram & Guru Retro 1Malaysia. Segalanya dapat diungkap dengan baik dan
perkongsian & inspirasi yang saya kongsikan memang digambarkan dengan satu
perkataan yang saya akan ingat; UNSTOPABLE ! Ya, saya tidak akan berhenti untuk
terus member inspirasi kepada semua.
Baru saya ingat yang saya juga menerima anugerah 1BESTARINET TEACHER AWARDS tahun ini bersama GEG Klang Valley Leader; Jessica Alcock !
Baru saya ingat yang saya juga menerima anugerah 1BESTARINET TEACHER AWARDS tahun ini bersama GEG Klang Valley Leader; Jessica Alcock !
Kemudian, acara penutup oleh Philip Tanpoco yang amat perfect ! Perkongsian mengenai acara dengan hashtag #HariGuru
Terima kasih Google, FrogAsia & semua warga pendidik
yang hadir di Ibu Google Malaysia HQ semalam.
Semoga kita akan terus bersama
menyumbang dalam TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA !


