Friday, 9 October 2015

LEAPS OF KNOWLEDGE 2015 : THE CLASSROOM REIMAGINED






Salam semua !

Program tahunan ini sangat bermanfaat kepada saya secara peribadi.

Leaps of Knowledge 2013 : The Future of Learning 




Pada tahun pertama, saya hadiri dengan seronok dan membawa pulang semangat !

Saya cuba memberi mesej mudah kepada warga sekolah secara ringkasnya ;

"Hai ! Kita ada Frog VLE ! Macam2 kita boleh buat !"

Leaps of Knowledge 2014 : Inspiring Changemakers in Education 




Pada tahun kedua, saya hadiri dengan harapan memperbaiki lagi apa-apa yang telah berlaku sebelum ini.

Bertemakan INSPIRING CHANGEMAKERS IN EDUCATION, saya gagahkan diri untuk hadiri sekali lagi !

Alhamdulillah !


  • Berjaya melakukan RAMPASAN KUASA dan Dilantik menjadi Frog Admin ! YAY !!! ( Wei ! Anep ! Cover sikit ! Jangan happy sangat boleh tak !!!)
  • SK Bandar Rinching dapat masuk TOP 20 peringkat Negeri Selangor seawal bulan kedua saya menjadi Frog Admin.
  • Mendapat khabar APRIL FOOL gembira seawal 1 APRIL 2015 (ingatkan April Fool. Rupa-rupanya BETUL-BETUL !) untuk menjadikan SK Bandar Rinching sebagai SEKOLAH PENANDARASAN Frog VLE dan dimashurkan pada 18 OGOS 2015.



  • Mendapat tempat ke 9 dalam TOP 20 Kebangsaan untuk bulan OGOS.

Jadi, AYUH semua !

Berilah peluang dan ruang untuk diri sendiri demi anak-anak murid yang kita sayangi & kasihi ! Jmpa anda semua di sana !

#Leaps15TipsAndTricks

3 Tips mudah untuk #Leaps15

# 786. Datanglah bak baldi yang kosong. Penuhkan semasa #Leaps15 . Bawak balik sekolah dan gunakan !

# 787. Dapatkan contact dengan seberapa ramai guru/pendidik yang boleh. Bertukar no hp, fb, name card.

# 788. Ambil wefie/groufie sebanyak mungkin. Upload di FB dan get connected to share experiences & inspiring each others.





Sunday, 26 July 2015

Kisah Suka Duka Pentadbir Frog VLE




Salam Frog VLE  !

Apa khabar anda ? Ya ! Anda yang sedang membaca post saya ni. Saya doakan agar anda sentiasa sihat dan baik-baik sahaja.

Saya mendapat banyak respon mengenai Frog VLE. Ada yang suruh saya buat buku. Tapi, buku macam old-school. Ada yang minta buat blog. Apabila difikirkan semula. Ada benarnya. Maka, saya akan menulis dan berkongsi pengalaman serta kisah suka duka sebagai Frog VLE.

Tujuan bukan untuk mengaibkan sesiapa. Tetapi, agar apa yang saya hadapi tidak akan diulangi di mana-mana sekolah pun di seluruh Malaysia. Namun, jika ada yang boleh ditiru. Silakan !

Sebagai permulaan, saya sebenarnya baru dilantik sebagai Frog Admin tahun ini. Memang saya masih tak pandai bab-bab Frog VLE ni.

Alhamdulillah, suku pertama tahun ini amat menggembirakan saya. Mana tidaknya, login naik secara mencanak, tunjuk langit, konsisten dan amat cantik.

NEXT POST : 
MOMENTUM DOSA :  GRAF LOGIN TURUN MENJUNAM GARA-GARA GURU BENCI FROG VLE MENGARAHKAN MURID AGAR JANGAN MEMBUKA FROG VLE SEHINGGA MURID TRAUMA & FOBIA

Namun di hujung Mac, terdapat beberapa orang guru yang akan saya sebutkan nama mereka pada post akan datang bukan sekadar MALAS, DEGIL dan BENCIKAN Frog VLE. Malah telah memberi amaran kepada murid sehingga TRAUMA, FOBIA dan TAKUT untuk membuka Frog VLE.

BOOKING CALENDAR. Adakah penggunaan Booking Calendar bertentangan dengan peraturan sekolah sedia ada ?! Kelakar kan ?! Tapi, itulah yang telah berlaku.

MURID TAK BOLEH MASUK MAKMAL. Dah lah tak guna Frog VLE dalam PdP, murid nak manfaatkan laman-laman inovasi yang saya bina tak dibenarkan !

GAMBAR LUCAH. Saya tak kisah kalau suami dan anak lelaki cikgu menggunakan internet untuk menikmati porno dan bahan lucah. Tapi, ada guru yang akan saya sebutkan namanya pada post akan datang menyebarkan cerita kepada murid bahawa Pengarah nak datang ke sekolah sebab murid tengok bahan lucah. Saya amat tidak faham dengan guru spesis  ini.

Walaupun benci sangat dengan Frog VLE ini, janganlah masalah cikgu terbawa-bawa ke sekolah dan hanya ingat internet adalah porno dan lucah sahaja. Zoom yang dibekalkan amat secure dan terlalu banyak sekatan dan block. Saya telah menghantar laporan beserta bukti forensik kepada 1BestariNet dan dalam respon mereka, itu adalah iklan dan bukan video lucah seperti yang dicanangkan.

Cikgu,

Adakah FrogAsia menyediakan bahan2 lucah dan porno di Frog Store ?
Sudah berapa banyak laman yang cikgu bina dan assign kepada murid ?

Jika anda sebagai guru memberi kerja kepada murid, pasti masa mereka mengisi masa mereka dengan menyiapkan kerja rumah dan tugasan.

IKHLAS KERANA ALLAH

"Kalau kita ikhlas kerana Allah, Allah akan bantu dan permudahkan !"

Itulah ayat seorang ustazah yang akan saya sebutkan namanya pada post akan datang.

Ikhlas ?! Ikhlas macam mana ? Ikhlas dengan menjunamnya login. Ikhlas tu yang akan login kan untuk guru-guru ke ?

Pada bulan FEB & MAC, melayakkan sekolah dalam senarai TOP 20 Peringkat Negeri Selangor tu bukan IKHLAS la ya ?!
Itu semua sebab saya nak nama lah, ya ?!
Saya riyak ?!
Saya nak menunjuk-nunjuk kat PPD, JPN, KPM ?!
Saya nak jadi famous ?!
Saya nak jadi terkenal ?!

Maaf ya ! Bukan nak cakap besar.
Saya memang famous dan terkenal tanpa jadi Frog Admin pun !

Login menjunam dalam peringkat Zon Semenyih tu baru IKHLAS namanya ?!

Saya akan ceritakan lebih lanjut pada post akan datang !

1 Frog Admin VS ratusan guru + ribuan murid

Itulah antara faktor-faktor kejatuhan login. Saya seorang tidak terlawan. Walaupun tanpa jawatankuasa dalam buku pengurusan. Sekurang-kurangnya merasa juga sekolah ini jadi TOP 20 Negeri Selangor dua bulan berturut-turut.

Cukuplah setakat ini. Ada banyak lagi yang akan saya kongsikan.

Semuanya akan saya kongsikan bersama-sama.

Nantikan post yang akan datang !

Sunday, 17 May 2015

Sambutan Hari Guru : Google Educators Group Klang Valley 1st Anniversary



Alhamdulillah ! GEGKV 1st Anniversary telah berjaya dengan  lancar. Tidak seperti sambutan hari guru lain yang sangat old school dan stereotype. Tiada makanan yang mewah, bukan di hotel atau convention center dan diadakan dengan penuh humble !

Acara dimulakan dengan Welcoming Speech daripada Philip & Rahayu. Kemudian warga pendidik beredar ke ruangan yang ditentukan untuk berkongsi INSPIRASI.

Saya masuk dalam Yellow group. Perkongsian pertama oleh Pn. Normie Azura; Guru Hebat daripada SMK Raja Abdullah, Kuala Lumpur dan juga merupakan GEG Leader bagi GEG Gombak.

Slot ke-2 pula oleh En Yassir. GEG Leader untuk GEG Pudu dan diakhiri oleh En Khairul Anwar dari PPW Sentul yang merupakan leader untuk GEG Keramat.

Seronok apabila mendapat INSPIRASI daripada orang HEBAT ! Kehebatan mereka memang tidak disangkal. Namun, jauh lebih penting. Mereka sangat humble dan friendly.

Setelah habis kesemua sesi. Peserta berkumpul semula untuk perkongsian daripada SMK Bandar Baru Salak Tinggi, SK Jalan Selangor, SMK Selandar & SK Leftenan Adnan.

2 perkara yang menarik perhatian saya apabila SK Jalan Selangor berkongsi dengan jujur dan ikhlas mengenai sekolah mereka. SMK Selandar juga sangat baik hati berkongsi mengenai TRANSFORMASI dalam eRPH & eBRM.



Kemudian, giliran wakil daripada FrogAsia. Mdm Elizabeth Lopez memberikan ucapan dan menyampaikan hadiah kepada pemenang 1BESTARINET TEACHER AWARDS.

Memang saya amat tidak menyangka,  saya juga telah dipanggil untuk menerima buah tangan daripada mereka. Apa yang lebih membuat saya terharu. Elizabeth boleh menyebut kembali segala apa yang telah saya kongsikan. Bermula dengan Word Mania Challenge 2014, menjadi Duta FrogAsia kepada 419820 guru lain di Malaysia (dengan lantikan sendiri ! Heheheh), Frog Transformation Programme di sekolah, menghadiri pelbagai acara FrogAsia sehinggalah perkara terkini; Grup Inovasi VLE @ Telegram & Guru Retro 1Malaysia. Segalanya dapat diungkap dengan baik dan perkongsian & inspirasi yang saya kongsikan memang digambarkan dengan satu perkataan yang saya akan ingat; UNSTOPABLE ! Ya, saya tidak akan berhenti untuk terus member inspirasi kepada semua.

Baru saya ingat yang saya juga menerima anugerah 1BESTARINET TEACHER AWARDS tahun ini bersama GEG Klang Valley Leader; Jessica Alcock !

Kemudian, acara penutup oleh Philip Tanpoco yang amat perfect ! Perkongsian mengenai acara dengan hashtag #HariGuru 




Terima kasih Google, FrogAsia & semua warga pendidik yang hadir di Ibu Google Malaysia HQ semalam. 

Semoga kita akan terus bersama menyumbang dalam TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA !

Tuesday, 12 May 2015

2 Akhlak Terpuji Yang Telah Dipesongkan & Disongsangkan







SABAR 


Sabar dengan tidak menggunakan Frog VLE ?
Sampailah masanya tu nanti, bersabarlah !

Alhamdulillah ! Setakat ini, dengan SABAR itu, kita telah berjaya menganugerahkan status GAGAL kepada Projek 1BestariNet Fasa 1. 

IKHLAS


Kalau kita IKHLAS kerja kerana Allah. In Sha Allah... Allah Akan permudahkan.

Hahaha... Kelakar aku dengar statment cikgu ni. Ingat kita hidup zaman Nabi Musa ?! Atau Nabi Isa. Nak Frog Admin tunjukkan `MUKJIZAT' dulu ke, baru nak guna Frog VLE. Kalau macam tu, sama je lah kita dengan kaum Bani Israil...

Ingatlah ! Adakah dengan IKHLAS cikgu tu, bolehlah Allah turunkan AUTO-LOGIN, AUTO-CREATE SITE dan segalanya Allah akan tolong, kan !!!

Akhir zaman... MALAS dipakaikan topeng IKHLAS !