You are right, Alistair Smith !
Anak murid aku akan bersorak seperti menyambut seorang penyanyi yang naik ke pentas untuk memulakan konsert ! Mereka berasa sangat seronok !
Itulah yang berlaku ketika aku melangkah masuk untuk PdP.
Sebagai pendidik di peringkat rendah. Perkara yang paling penting adalah yang paling asas. Menulis, membaca, mengira dan ASAS FARDHU AIN.
Allah menjadikan setiap manusia itu berbeza. Ada yang fast-learner, ada yang slow-learner dan ada yang genius !
Hasil pembelajaran adakalanya kelihatan tidak tercapai. Namun, jauh lebih penting adalah memberi INSPIRASI kepada murid agar terus INGIN BELAJAR.
Seperti yang saya katakan tadi, tahap kematangan setiap kanak-kanak amat berbeza. Sedangkan guru perlu mengikuti sukatan dan kurikulum yang tersedia.
Itulah antara tugas guru. Kita perlu sesuaikan dengan kebolehan murid yang kita ajar. Bagi murid sekolah rendah, Game Based Learning amat sesuai kerana dapat merangsang emosi dan kognitif mereka berbanding belajar secara tradisional yang amat membosankan.
Yang paling utama, mereka sentiasa bersemangat untuk belajar !
.png)