Tuesday, 2 December 2014

Leaps of Knowledge Conference 2014 (PART 6)


Terdapat pelbagai cara untuk terus kekal bersemangat selepas #Leaps14 sehingga tiba #Leaps15

BLOGGING


Ini merupakan salah satu cara untuk mengekalkan momentum. Tulislah apa yang anda telah perolehi dan pengalaman anda. Cerita anda mungkin memberi inspirasi kepada warga pendidik yang lain !

CONNECTING


Salam & Good Morning Changemakers !

Itulah yang saya hantar dalam WhatsApp Group saya. Anda juga boleh melakukan yang sama melalui Telegram, Twitter, Instagram atau apa sahaja apps yang ada dalam telefon bimbit anda ! Jangan lupa hashtag #Leaps14 !

SHARING


Anda juga boleh membuat LaDap bersama Jawatankuasa Frog VLE di sekolah. Tak kiralah sama ada anda bukan Admin Frog VLE atau sekolah anda bukan Champion School ! Anda boleh kongsikan apa yang telah anda perolehi bersama rakan guru yang lain ! Taip sahaja hashtag #Leaps14 dan pelbagai maklumat yang boleh anda kongsikan !

Jangan lupa untuk ajak rakan pendidik anda yang lain ke #Leaps15. Pendaftaran telah pun dibuka ! KLIK pautan dibawah !


LEARNING


Teruskan belajar mengenai VLE. Learn Centre boleh menjadi rujukan anda! Hubungilah Implementation Consultant anda dan mereka amat komited untuk membantu anda setiap masa jika anda mempunyai sebarang kemusykilan !

Selain itu, anda juga boleh sertai Google Educators Group Malaysia untuk mengetahui TIPS & TRICKS penggunaan teknologi Google dalam PdP.

SWOT


Cuba analisis kelebihan & kekurangan anda. Kenalpasti peluang yang ada untuk menjayakan transformasi. Mulakan dengan perkara yang kecil seperti menggunakan kuiz untuk penilaian murid ! Ingat ! Perjalanan yang jauh bermula dengan langkah yang pertama !

PRAYING


DOA ! Ya ! Berdoa agar tuhan sentiasa memberi anda kekuatan untuk istiqomah (consistency) dalam melakukan perubahan !

WE ARE CHANGEMAKERS !