FROG TEACHER AWARDS Winner,GOOGLE CERTIFIED EDUCATOR Level 1, Changemaker, Educator, Educational Blogger.
Wednesday, 26 November 2014
1001 SEBAB MENGAPA SAYA TIDAK PERLU KE #Leaps14 ESOK ! ( PART 2)
Memanglah ! Saya bukan ada magis.
Sekurang-kurangnya, saya telah mencuba menggunakan teknologi dalam PdP saya sepanjang tahun ini setelah mendapat INSPIRASI ketika #Leaps13 .
Sekurang-kurangnya, saya menggunakan teknologi yang guru lain tak gunakan. Itu bakan saya yang kata, Tetapi, itulah respon ikhlas daripada murid.
Jika tidak, masa kan ada ramai murid dari kelas lain (yang saya tidak mengajar kelas mereka) ingin turut serta menggunakan teknologi yang saya gunakan untuk kelas-kelas yang saya mengajar.
Ringkasnya, saya telah pun memberi INSPIRASI kepada murid-murid kesayangan saya di sekolah.
Walaupun ada segelintir murid Tahun 6 yang menolak penggunaan teknologi, biarlah mereka bak Luncai dan labu. Lega juga apabila mereka telah secara rasmi keluar daripada sekolah ini. Anak datuk, anak guru, anak sesiapa pun mereka ! Biarlah mereka ! Saya berasa amat bersyukur kerana mereka telah keluar dari sekolah !