FROG TEACHER AWARDS Winner,GOOGLE CERTIFIED EDUCATOR Level 1, Changemaker, Educator, Educational Blogger.
Wednesday, 9 October 2019
Setelah 4 Tahun Berlalu . . .
Setelah 4 tahun tidak menulis blog, hari ini Oppa kembali menulis.
Alhamdulillah ! Oppa dah menduduki ujian GCE Level 1 Ahad lepas. Syukur, ujian tersebut telah berjaya. Cer tengok sebelah kanan tu !!! Dah ada badge untuk CERTIFIED EDUCATOR !
Rasa seronok sangat !
Jauh lebih penting, apa yang Oppa dapat ni sebenarnya bukanlah sahaja untuk dihargai. Namun, untuk MEMBERI. Yelah, dilantik menjadi PENYELARAS GOOGLE CLASSROOM. Jadi, jika ada apa-apa kemusykilan berkaitan GC... Kepada Oppa lah rakyat SK Semenyih ini menuntut jawapan.
Ramai yang contact tanya apakah tips & tricks untuk lulus ujian tersebut sebab mereka kata mereka takut dan tak kurang juga yang tanya buat apa amik ujian tu.
Apa kata, pada entri akan datang. Oppa kongsikan kepada kawanan semua dan menjawab semua persoalan yang mereka lontarkan.

